Tuesday 12 September 2017

Sejarah SJK Chung Hua Kabong (2017)

SEJARAH SJK CHUNG HUA KABONG
甲望中华公学
1. Gambar SJK Chung Hua Kabong
2. Lokasi Sekolah :
·         Alamat Sekolah : SJK Chung Hua Kabong, 94650 Kabong, Sarawak
·         Kedudukan google map: 1.800559, 111.120256
3. Sejarah Penubuhan Sekolah
Lokasi
Kabong terletak di Muara Sungai Krian. Ia terletak kira-kira 53 kilometer dari Pekan Saratok yang merupakan sebuah daerah dalam Bahagian Betong. Kabong merupakan sebuah perkampungan nelayan yang mana penduduknya bergantung penuh pada hasil tangkap laut sebagai rezeki mereka. Kaum Melayu merupakan penduduk majority di Kabong manakala kaum Cina dan Iban adalah minority. Kira-kira 3 kilometer dari pecan Kabong,terdapat sebuah pantai yang dinamakan Pantai Tanjung Kambang. Ia merupakan tempat percutian dan perkelahan yang tidak asing lagi dalam Bahagian Betong.
Penubuhan Sekolah Cina
Sebelum wujud sekolah ini, kebanyakan menghadapi masalah untuk menghantar anak-anak bagi menerima pendidikan di sekolah cina. Mereka terpaksa menghantar anak-anak menerima didikan di Kuching semata-mata supaya anak-anak menerima didikan pelajaran awal di sekolah. Dalam pada itu, terdapat pelbagai masalah dan kekangan dalam menghantar anak-anak menerima pendidikan awal, maka penduduk setempat bercadang dan mencari inisiatif untuk mendirikan sebuah sekolah cina untuk memudahkan anak-anak mereka menerima pendidikan awal.
Memandangkan pelbagai masalah pendidikan awal wujud pada masa itu, Kapitan Lee Chi Yin mengumpul semua kaum Cina di Kabong bagi membincangkan pembukaan sekolah Cina di Kabong. Hasil daripada itu, akhirnya Lembaga Pengurus Sekolah yang terdiri daripada 9 orang ahli yang dipengerusikan oleh Kapitan Lee Chi Yin diwujudkan bagi memastikan penubuhan sekolah yang menjadi hasrat dan impian dapat dicapai serta berjalan dengan lancar.
Atas sekolah sokongan padu masyarakat cina setempat, pada tahun 1952 sekolah aliran Bahasa Cina berjaya ditubuhkan dengan nama pada masa itu Chung Hua School Kabong. Semasa penubuhannya, sebuah pondok didirikan yang berdekatan dengan Pejabat Daerah Kecil Kabong bagi menempat seramai hanya 18 orang pelajar dan 2 orang guru. Guru Besar yang pertama ialah Encik Lim Yong San. 林永山Lembaga Pengurus Sekolah berperanan penuh dalam urustadbir dan pengendalian sekolah. Segala perbelanjaan pentadbiran termasuk gaji guru diurus oleh Pihak Lembaga Pengurus Sekolah. Penduduk setempat begitu perihatin dengan penubuhan sekolah ini menyumbangkan sumbangan kewangan kepada pihak sekolah yang diurustadbir sepenuhnya oleh Lembaga Pengurus Sekolah.
Pada Semester pertama 1956, Encik Wei Yi Chung魏宜崇telah menjadi guru besar SJK Chung Hua Kabong yang ketiga. Encik Tie Xiu Ching池秀清telah menjadi guru besar SJK Chung Hua Kabong yang keempat pada tahun yang sama. Pada tahun 1959, Encik Lee Yong Xiang李永祥telah menjadi guru besar SJK Chung Hua Kabong yang kelima.
Selepas sebelas tahun diurus oleh Lembaga Pengurus Sekolah, pihak Lembaga Pengurus Sekolah telah memohon dengan kerajaan untuk mengiktirafkan sekolah ini sebagai sekolah separa bantuan kerajaan. Pada Tahun 1963 Kabong Chung Hua School telah diiktirafkan sebagai sebuah sekolah separa bantuan kerajaan dengan nama barunya SRB Chung Hua Kabong. Encik Chan Ping Shin陈平石, berkelulusan dari China University Peking, China menjadi Guru Besar ketika itu.
Pada tahun 1969, Encik Wong Keng Han黄勤汉telah menjadi guru besar yang yang ketujuh. Pada tahun 1974, Encik Ho Yin Lai何运来telah menjadi pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah yang baharu. Pada tahun 1975, Encik Lee Mao An李茂安telah menjadi guru besar SJK Chung Hua Kabong yang kelapan. Pada tahun 1977, Encik Goh Qing Gan吴庆干telah menjadi Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah yang keempat.
 Pada tahun 1980, Lembaga Pengurus Sekolah telah membina satu gelanggang bola keranjang yang konkrit supaya murid-murid dapat bersenam malahan dapat membekalkan satu tempat rekreasi yang berfaedah kepada generasi muda. Bumbung sekolah diganti dengan bumbung baharu pada tahun 1981. Pada tahun 1982, Encik Lee Mao An 李茂安 telah dilantik sebagai guru Bahasa Cina yang terletak di SMK Sungai Tapang. Pada tahun 1983, Encik Kang Tai Hing telah menjadi guru besar SJK Chung Hua Kabong yang kesembilan. Pertukaran siling sekolah baharu,  pemasangan wayar dan kipas baharu tandas telah dibina pada tahun yang sama untuk tujuan membaikpulih. Masalah kekurangan guru dan kekurangan kelas telah menyebabkan blok sekolah yang terdiri daripada dua buah kelas telah dibahagikan kepada tiga buah kelas. Pada tahun 1986, Encik 李德贤 Lee De Xian dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah yang kelima. Sekolah telah menambah tanah demi membina jalan raya simen supaya  dapat memudahkan pelajar-pelajar sekolah datang ke sekolah.
Walaupun blok sekolah dan kawasan persekitaran telah banyak kali dibaikpulih, tetapi ia masih kurang sesuai untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk mengatasi masalah tersebut, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Encik Lee De Xian李德贤 telah merancang untuk membina satu blok sekolah yang ada tiga tingkat dan mengandungi enam buah kelas, blok pentadbiran, kelas muzik dan perpustakaan. Pada tahun 1988, sekolah telah membina pagar untuk menjaga keselamatan sekolah. Walaupun Lembaga Pengurus Sekolah sudah lama ditubuhkan tetapi hal ini sering ditangguhkan kerana ia memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.
Pada tahun 1991, Encik Chiu Kwong Kee邱光基 telah menjadi Pengerusi Lembaga Sekolah yang keenam. Beliau telah menubuhkan ahli jawatankuasa pembinaan baharu. Kemudian, ahli jawatankuasa telah bersetuju untuk menukarkan projek pembinaan sekolah iaitu membina satu blok sekolah yang terdiri daripada 4 buah bilik darjah. Selepas pelan pembinaan itu ditukar, kerja pengumpulan dana telah dijalankan dengan bertungkus lumus. Projek ini telah mendapat sokongan penuh bukan sahaja daripada penduduk tempatan malahan daripada penduduk bukan tempatan dari luar bahagian sebanyak seratus ribu ringgit. Di samping itu, jabatan pendidikan telah memberikan peruntukan sebanyak lima ratus empat ribu dan lima ratus ringgit untuk pelan pembinaan tersebut. Blok sekolah baharu telah mula dibina pada bulan November 1991.  Memandangkan dana untuk pembinaan itu mencukupi, ahli jawatankuasa telah membesarkan blok sekolah tersebut dengan menambah dua buah bilik darjah. Projek pembinaan blok sekolah baharu telah siap dibina pada bulan Jun 1992.
Pada tahun 1993, Encik Chua Po Chiong  telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah SJK Chung Hua Kabong yang ketujuh. Selepas dua tahun, Encik Chua Seng Hin telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah yang kelapan iaitu pada tahun 1995.  Encik Chua Po Chiong  telah dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah SJK Chung Hua Kabong yang kesembilan pada tahun 1998. Tiga tahun kemudian, Encik Chua Sui Huat telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah yang kesepuluh iaitu pada tahun 2001.
            Encik Kang Tai Hing telah ditukar untuk bertugas sebagai guru besar di SJK Chung Hua Spaoh pada 30 November 2004. Encik Wong Poh Tien telah menanggung kerja sebagai guru besar SJK Chung Hua Kabong yang kesepuluh pada 1 Disember 2004.  Encik Lee Kiat Chong telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah yang kesebelas pada tahun 2005. Encik Wong Poh Tien telah dilantik sebagai guru besar SJK Chung Hua Kabong yang kesepuluh pada 16 Ogos 2008.  Encik Chua Sui Huat telah dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah yang kedua belas. Encik Wong Poh Tien telah ditukar untuk menjadi guru besar SJK Min Syn Saratok pada 17 Jun 2012 dan Cik Sia Si Chi telah mula menanggung kerja guru besar yang kesebelas sehingga 30 November 2012.
 Encik Chang Tsai Heng dari SJK Min Syn Saratok telah dilantik sebagai guru besar yang kedua belas pada 1 Disember 2012. Untuk menaik taraf gelanggang bola keranjang, lembaga pengurus sekolah telah bercadang untuk membina bumbung untuk tujuan berteduh dan keselesaan semasa menjalankan aktiviti senaman dan riadah.  Lembaga pengurus SJK Chung Hua Kabong telah membina pagar konkrit  yang lebih tahan untuk menggantikan pagar yang lama sebelum itu pada tahun 2016.  Lembaga Pengerus telah membina sebuah pentas baharu di sebelah gelanggang bola keranjang pada tahun yang sama.

            4. Senarai Guru Besar SJK Chung Hua Kabong
Bil
Tahun
Nama Guru Besar
姓名
Catatan
1.
1952
Encik Lim Yong San
林永山

2.
1953
Encik Chua Cheng Teck
蔡清德
*
3.
1956
Encik Wei Yi Chung
魏宜崇
*
4
1956
Encik Tie Xiu Ching
池秀清
*
5
1959
Encik Lee Yong Xiang
李永祥
*
6
1963
Encik Chan Ping Shin
陈平石
*
7
1969
Encik Wong Keng Han
黄勤汉
*
8
1975
Encik Lee Mao An
李茂安
*
9
1982
Encik Kang Tai Hing 
甘代兴

10
2004
Encik Wong Poh Tien
黄保庭
Memangku kerja

2008
Encik Wong Poh Tien
黄保庭

11
2012(30.11.12)
Cik Sia Si Chi
谢诗琦
Memangku kerja
12
2012(01.12.12)
Encik Chang Tsai Heng
郑再恒


*Terjemah dari Bahasa Cina ke dalam Bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment