SEJARAH SJK CHUNG HUA
KABONG
甲望中华公学
1. Gambar SJK Chung Hua Kabong
2. Lokasi Sekolah :
·
Alamat
Sekolah : SJK Chung Hua Kabong, 94650 Kabong, Sarawak
·
Kedudukan google map: 1.800559, 111.120256
3. Sejarah Penubuhan Sekolah
Lokasi
Kabong
terletak di Muara Sungai Krian. Ia terletak kira-kira 53 kilometer dari Pekan
Saratok yang merupakan sebuah daerah dalam Bahagian Betong. Kabong merupakan
sebuah perkampungan nelayan yang mana penduduknya bergantung penuh pada hasil
tangkap laut sebagai rezeki mereka. Kaum Melayu merupakan penduduk majority di
Kabong manakala kaum Cina dan Iban adalah minority. Kira-kira 3 kilometer dari
pecan Kabong,terdapat sebuah pantai yang dinamakan Pantai Tanjung Kambang. Ia
merupakan tempat percutian dan perkelahan yang tidak asing lagi dalam Bahagian
Betong.
Penubuhan Sekolah Cina
Sebelum
wujud sekolah ini, kebanyakan menghadapi masalah untuk menghantar anak-anak
bagi menerima pendidikan di sekolah cina. Mereka terpaksa menghantar anak-anak
menerima didikan di Kuching semata-mata supaya anak-anak menerima didikan
pelajaran awal di sekolah. Dalam pada itu, terdapat pelbagai masalah dan
kekangan dalam menghantar anak-anak menerima pendidikan awal, maka penduduk
setempat bercadang dan mencari inisiatif untuk mendirikan sebuah sekolah cina
untuk memudahkan anak-anak mereka menerima pendidikan awal.
Memandangkan pelbagai masalah pendidikan awal wujud
pada masa itu, Kapitan Lee Chi Yin mengumpul semua kaum Cina di Kabong bagi
membincangkan pembukaan sekolah Cina di Kabong. Hasil daripada itu, akhirnya
Lembaga Pengurus Sekolah yang terdiri daripada 9 orang ahli yang dipengerusikan
oleh Kapitan Lee Chi Yin diwujudkan bagi memastikan penubuhan sekolah yang
menjadi hasrat dan impian dapat dicapai serta berjalan dengan lancar.
Atas sekolah sokongan padu masyarakat cina setempat,
pada tahun 1952 sekolah aliran Bahasa Cina berjaya ditubuhkan dengan nama pada
masa itu Chung Hua School Kabong. Semasa penubuhannya, sebuah pondok didirikan
yang berdekatan dengan Pejabat Daerah Kecil Kabong bagi menempat seramai hanya
18 orang pelajar dan 2 orang guru. Guru Besar yang pertama ialah Encik Lim Yong
San. 林永山Lembaga
Pengurus Sekolah berperanan penuh dalam urustadbir dan pengendalian sekolah.
Segala perbelanjaan pentadbiran termasuk gaji guru diurus oleh Pihak Lembaga
Pengurus Sekolah. Penduduk setempat begitu perihatin dengan penubuhan sekolah
ini menyumbangkan sumbangan kewangan kepada pihak sekolah yang diurustadbir
sepenuhnya oleh Lembaga Pengurus Sekolah.
Pada Semester pertama 1956, Encik Wei Yi Chung魏宜崇telah menjadi guru besar SJK Chung
Hua Kabong yang ketiga. Encik Tie Xiu Ching池秀清telah
menjadi guru besar SJK Chung Hua Kabong yang keempat pada tahun yang sama. Pada
tahun 1959, Encik Lee Yong Xiang李永祥telah menjadi guru
besar SJK Chung Hua Kabong yang kelima.
Selepas sebelas tahun diurus oleh Lembaga Pengurus
Sekolah, pihak Lembaga Pengurus Sekolah telah memohon dengan kerajaan untuk
mengiktirafkan sekolah ini sebagai sekolah separa bantuan kerajaan. Pada Tahun
1963 Kabong Chung Hua School telah diiktirafkan sebagai sebuah sekolah separa
bantuan kerajaan dengan nama barunya SRB Chung Hua Kabong. Encik Chan Ping Shin陈平石,
berkelulusan dari China University Peking, China menjadi Guru Besar ketika itu.
Pada tahun 1969, Encik Wong Keng Han黄勤汉telah menjadi guru
besar yang yang ketujuh. Pada tahun 1974, Encik Ho Yin Lai何运来telah menjadi pengerusi
Lembaga Pengurus Sekolah yang baharu. Pada tahun 1975, Encik Lee Mao An李茂安telah menjadi guru
besar SJK Chung Hua Kabong yang kelapan. Pada tahun 1977, Encik Goh Qing Gan吴庆干telah menjadi Pengerusi
Lembaga Pengurus Sekolah yang keempat.
Pada tahun
1980, Lembaga Pengurus Sekolah telah membina satu gelanggang bola keranjang
yang konkrit supaya murid-murid dapat bersenam malahan dapat membekalkan satu
tempat rekreasi yang berfaedah kepada generasi muda. Bumbung sekolah diganti
dengan bumbung baharu pada tahun 1981. Pada tahun 1982, Encik Lee Mao An 李茂安
telah dilantik sebagai guru Bahasa Cina yang terletak di SMK Sungai Tapang. Pada tahun 1983, Encik Kang Tai Hing telah
menjadi guru besar SJK Chung Hua Kabong yang kesembilan. Pertukaran siling
sekolah baharu, pemasangan wayar dan
kipas baharu tandas telah dibina pada tahun yang sama untuk tujuan
membaikpulih. Masalah kekurangan guru dan kekurangan kelas telah menyebabkan
blok sekolah yang terdiri daripada dua buah kelas telah dibahagikan kepada tiga
buah kelas. Pada tahun 1986,
Encik 李德贤 Lee De Xian dilantik sebagai Pengerusi
Lembaga Pengurus Sekolah yang kelima. Sekolah telah menambah tanah demi membina
jalan raya simen supaya dapat memudahkan
pelajar-pelajar sekolah datang ke sekolah.
Walaupun blok
sekolah dan kawasan persekitaran telah banyak kali dibaikpulih, tetapi ia masih
kurang sesuai untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk
mengatasi masalah tersebut, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Encik Lee De
Xian李德贤 telah merancang untuk membina satu blok
sekolah yang ada tiga tingkat dan mengandungi enam buah kelas, blok
pentadbiran, kelas muzik dan perpustakaan. Pada tahun 1988, sekolah telah
membina pagar untuk menjaga keselamatan sekolah. Walaupun Lembaga Pengurus
Sekolah sudah lama ditubuhkan tetapi hal ini sering ditangguhkan kerana ia
memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.
Pada tahun 1991,
Encik Chiu Kwong Kee邱光基 telah menjadi Pengerusi Lembaga Sekolah yang
keenam. Beliau telah menubuhkan ahli jawatankuasa pembinaan baharu. Kemudian,
ahli jawatankuasa telah bersetuju untuk menukarkan projek pembinaan sekolah
iaitu membina satu blok sekolah yang terdiri daripada 4 buah bilik darjah.
Selepas pelan pembinaan itu ditukar, kerja pengumpulan dana telah dijalankan
dengan bertungkus lumus. Projek ini telah mendapat sokongan penuh bukan sahaja
daripada penduduk tempatan malahan daripada penduduk bukan tempatan dari luar
bahagian sebanyak seratus ribu ringgit. Di samping itu, jabatan pendidikan
telah memberikan peruntukan sebanyak lima ratus empat ribu dan lima ratus
ringgit untuk pelan pembinaan tersebut. Blok sekolah baharu telah mula dibina
pada bulan November 1991. Memandangkan dana
untuk pembinaan itu mencukupi, ahli jawatankuasa telah membesarkan blok sekolah
tersebut dengan menambah dua buah bilik darjah. Projek pembinaan blok sekolah
baharu telah siap dibina pada bulan Jun 1992.
Pada tahun 1993,
Encik Chua Po Chiong telah dilantik
sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah SJK Chung Hua Kabong yang ketujuh. Selepas
dua tahun, Encik Chua Seng Hin telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah
yang kelapan iaitu pada tahun 1995.
Encik Chua Po Chiong telah
dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah SJK Chung Hua Kabong yang
kesembilan pada tahun 1998. Tiga tahun kemudian, Encik Chua Sui Huat telah
dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah yang kesepuluh iaitu pada tahun
2001.
Encik
Kang Tai Hing telah ditukar untuk bertugas sebagai guru besar di SJK Chung Hua
Spaoh pada 30 November 2004. Encik Wong Poh Tien telah menanggung kerja sebagai
guru besar SJK Chung Hua Kabong yang kesepuluh pada 1 Disember 2004. Encik Lee Kiat Chong telah dilantik sebagai
Pengerusi Lembaga Sekolah yang kesebelas pada tahun 2005. Encik Wong Poh Tien
telah dilantik sebagai guru besar SJK Chung Hua Kabong yang kesepuluh pada 16
Ogos 2008. Encik Chua Sui Huat telah
dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah yang kedua belas. Encik Wong
Poh Tien telah ditukar untuk menjadi guru besar SJK Min Syn Saratok pada 17 Jun
2012 dan Cik Sia Si Chi telah mula menanggung kerja guru besar yang kesebelas sehingga
30 November 2012.
Encik Chang Tsai Heng dari SJK Min Syn Saratok
telah dilantik sebagai guru besar yang kedua belas pada 1 Disember 2012. Untuk
menaik taraf gelanggang bola keranjang, lembaga pengurus sekolah telah
bercadang untuk membina bumbung untuk tujuan berteduh dan keselesaan semasa
menjalankan aktiviti senaman dan riadah.
Lembaga pengurus SJK Chung Hua Kabong telah membina pagar konkrit yang lebih tahan untuk menggantikan pagar
yang lama sebelum itu pada tahun 2016.
Lembaga Pengerus telah membina sebuah pentas baharu di sebelah
gelanggang bola keranjang pada tahun yang sama.
4.
Senarai Guru Besar SJK Chung Hua Kabong
Bil
|
Tahun
|
Nama Guru Besar
|
姓名
|
Catatan
|
1.
|
1952
|
Encik Lim Yong
San
|
林永山
|
|
2.
|
1953
|
Encik Chua Cheng
Teck
|
蔡清德
|
*
|
3.
|
1956
|
Encik
Wei Yi Chung
|
魏宜崇
|
*
|
4。
|
1956
|
Encik Tie Xiu
Ching
|
池秀清
|
*
|
5
|
1959
|
Encik
Lee Yong Xiang
|
李永祥
|
*
|
6
|
1963
|
Encik
Chan Ping Shin
|
陈平石
|
*
|
7
|
1969
|
Encik Wong
Keng Han
|
黄勤汉
|
*
|
8
|
1975
|
Encik Lee Mao
An
|
李茂安
|
*
|
9
|
1982
|
Encik
Kang Tai Hing
|
甘代兴
|
|
10
|
2004
|
Encik
Wong Poh Tien
|
黄保庭
|
Memangku kerja
|
2008
|
Encik
Wong Poh Tien
|
黄保庭
|
||
11
|
2012(30.11.12)
|
Cik
Sia Si Chi
|
谢诗琦
|
Memangku kerja
|
12
|
2012(01.12.12)
|
Encik
Chang Tsai Heng
|
郑再恒
|
*Terjemah dari Bahasa Cina ke dalam
Bahasa Melayu.